Share |

BLOG


LANGKAH 1: REGISTER DAN LOGIN BLOG
Untuk buat blog, anda perlu daftar dahulu di http://www.blogger.com/start . Kemudian login semula.
Boleh juga lihat laman blog ini:NUFFNANG


LANGKAH 2: DESIGN BLOG
Sekarang anda sudah mempunyai akaun Blogger. LOG IN ke akaun Blogger anda dan keseronokan pun bermula. Klik pada 'anak panah kecil' di sebelah senarai halaman seperti dalam gambar di bawah. Turun ke senarai dan klik 'THEME'.Pilih template yang anda suka.



LANGKAH 3: EDIT HTML TEMPLATE
Untuk menambah iklan dalam blog anda, terdapat 3 jenis iklan :-( Anda boleh memilih salah satu, tetapi diggalakkan untuk menggunakannya semuanya) iaitu:
1 - Leaderboard
2 - Rectangle besar
3 - Skyscraper
Klik kiri pada menu "THEME" akan membawa anda ke halaman seperti gambar di bawah. Klik pada "Edit HTML" di bawah gambar Live on Blog bersebelahan Compose dan sesuaikan.


LANGKAH 4: DAFTAR NUFFNANG DAN TAMPALKAN KOD NUFFNANG
Sila klik logo NUFFNANG di bawah dan daftar untuk dapatkan kod.
Untuk setting NUFFNANG dan dapatkan kod html nuffnang, sila klik dan lawati laman ini


LANGKAH 5: MENAMBAH GADGET
Di papan pemuka Blogger anda, cari panel navigasi di sebelah kiri bersebelahan dengan foto Blog. Klik pada menu "Layout". Kemudian klik ADD GADGET untuk menambah gadget-gadget yang diperlukan untuk membentuk layout blog yang sempurna.

LANGKAH 6: MENAMBAH KOD HTML IKLAN NUFFNANG
Pergi ke menu LAYOUT, Klik pada pautan ADD GADGET "Tambah alat" pada bar sisi.
Dalam contoh ini, ia berada di sebelah kanan. Salin kod iklan Skyscraper pada halaman Nuffnang dan tampalkannya terus ke dalam kotak teks. Namakan alat anda, klik SAVE dan kemudian semuanya ditetapkan.
Salin kod Leaderboard dari laman NUFFNANG. Klik kotak 'Edit HTML', tekan Ctrl + F dan cari kod < body >. Tampal kod secara langsung selepas code < body > seperti di bawah. Klik simpan dan selesai .


LANGKAH 7: MENAMBAH KOD HTML IKLAN ADSENSE
Begitu juga dengan ADSENSE, pergi ke menu LAYOUT, Klik pada pautan ADD GADGET "Tambah alat" pada SITEBAR BOTTOM. Dalam contoh ini, ia berada di sebelah bawah kiri.
Salin kod iklan Skyscraper pada halaman ADSENSE, tampalkannya dalam kotak teks dan namakan alat anda itu.Klik SAVE dan semuanya ditetapkan. Atau anda boleh pergi ke laman ini untuk info lanjut: http://ahalimm.blogspot.my/p/adsense.html



LANGKAH 8: SETTING LAYOUT
Untuk setting LAYOUT atau REKALETAK gadget pada muka blog, anda cuma gerakkan saja kotak -kotak yang ada sama ada ke atas TOP SIDEBAR, BOTTOM SIDEBAR, HEAD, atau BODY blog. Kemudian tekan SAVE ARRANGEMENT.



LANGKAH 9: BUAT POST
Post adalah sesuatu perkara penting yang kita ingin sampaikan dan dimasukkan dalam blog. Setiap post yang kita buat akan dipaparkan sebahagiannya di laman muka blog. Ia boleh menjadi sebagai pendahuluan mengenai blog atau juga ada pengumuman penting untuk disampaikan.Untuk membuat post, hanya klik pada menu POST di kiri navigasi blog dan klik pada butang NEW POST.

Tuliskan tajuk dan isikan maklumat isi post anda dalam kotak yang disediakan. Anda boleh memilih menulis dalamHTML atau dalam COMPOSE. Menulis dalam mode COMPOSE adalah lebih cantik susunannya berbanding HTML. Tetapi HTML juga berguna untuk memasukkan code-code penting yang sangat berguna seperti code adsense, code nuffnang, code video dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh letakkan gambar, video atau link website atau blog page dengan memilih di menu bar di atas kotak tulisan itu. Setelah itu tekan preview dan save. Jika anda sudah berpuas hati dengan tulisan tersebut, barulah tekan butang publish.




LANGKAH 10: BUAT PAGE
Penulisan page adalah sama seperti menulis pada post, tetapi penulisan page adalah lebih khusus untuk sesuatu perkara. Page adalah satu laman atau ruangan khusus untuk kita menceritakan sesuatu perkara. Dalam ruangan page, kita boleh menuliskan atau meletakkan berbagai maklumat mengenai sesuatu perkara yang ingin kita ceritakan. Kita boleh buat seberapa banyak page yang kita suka, tetapi tidak dapat dilihat di muka depan blog kita jika tiada butang khas.

Oleh kerana pentingnya sesuatu page, maka perlu disetkan butang khas untuk memudahkan page ini dicari dan dilihat oleh pembaca atau pelawat blog anda. Cara untuk set butang page adalah dengan pergi ke navigasi kiri dan klik pada menu LAYOUT dan cari gadget PAGE LIST. Kemudian tekan edit PAGE LIST tersebut. Nanti akan keluar senarai page yang telah kita buat. Hanya perlu tandakan tick pada kotak kecil di tepi menu tersebut untuk dijadikan butang pada laman blog anda. Kemudian tekan SAVE





Ok, cukup itu sahaja untuk page laman ini. Dengan itu lengkaplah cara-cara untuk membuat blog yang diisikan kod NUFFNANG dan ADSENSE sebagai satu cara untuk menambah pendapatan secara percuma di internet

0 Comments:

Catat Ulasan